“Siapakah al-Ghazali?” Tanya seorang kawan kepada rakan-rakannya yang lain. Maka pelbagai pendapat diberikan. Namun, apa yang pasti, ramai yang mengenalinya sebagai salah seorang daripada tokoh umat Islam. Kebanyakkan kenal secara kasar siapakah al-Ghazali ini. Digelar “Hujjatul Islam” disebabkan kehebatannya mempertahankan Islam.
Al-Ghazali sememangnya seorang tokoh yang dikenali baik kepada umat Islam mahupun Barat. Ds. Zwemmer seorang orientalis berasal dari Inggeris meletakkan al-Ghazali antara empat tokoh utama daripada kalangan Islam. Antaranya Nabi Muhammad SAW, Imam Bukhari dan Imam al-Asy’ari.
Bagi kalangan ilmuwan Barat, nama al-Ghazali lebih dikenali dengan nama latin yakni Algazel. Selain itu, terdapat beberapa karya beliau diterjemahkan daripada bahasa latin kepada bahasa Inggeris. Antaranya Maqasid al-Falasifah (tujuan-tujuan falsafah) dan tahafut al-Falasifah (keraguan falsafah). Kesemua nya diterjemahkan oleh Dominicus Gundisalvus.
Pengaruh al-Ghazali pada falsafah Barat sangat kuat. Buktinya kita boleh lihat dalam falsafah moden yang bermula dari Descartes. Kebanyakan metodologi yang diguna pakai diambil dari pendapat Imam al-Ghazali.
Perpustakaan peribadi Descrates dikatakan mengandungi beberapa naskah al-Ghazali. Ada ungkapan al-Ghazali yang digariskan merah oleh Descrates iaitu ‘Keraguan adalah peringkat pertama keyakinan’. Disamping itu ada catatan daripada Descrates iaitu ‘masukkan ini dalam metode kita’.
Beberapa orang pengkaji Islam kemudian meneliti naskah itu dengan lebih lanjut. Namun usaha mereka disedari oleh pihak Kerajaan Perancis. Pihak Kerajaan Perancis kemudiannya mengambil naskah tersebut dan disimpan agar tiada siapa menemui naskah tersebut.
Sekiranya kita meneliti karya-karya al-Ghazali, ungkapan al-Ghazali dalam karyanya, Al-Munqidz min al-Dhalal berbunyi,
“Keraguanlah yang membawa kita kepada kebenaran. Sesiapa yang tidak berasa ragu, maka dia tidak memandang. Maka dia tidak pernah melihat dan sesiapa yang tidak pernah melihat, maka dia kekal berada dalam buta dan sesat.”Jika diperhatikan, pernyataan al-Ghazali sama dengan ungkapan Descrates, “Keraguan adalah jalan pertama keyakinan”.
Pada usianya 38 tahun, al-Ghazali mengalami tekanan dalaman. Pertikaian yang hebat antara mazhab dan fahaman memberi kesan kepada al-Ghazali secara lansung. Beliau berusaha mencari ‘kebenaran hakiki’. Beliau berasa ragu dan mempersoalkan fungsi akal bagi mencapai kebenaran akhir mengenai tuhan.
Akhirnya setelah 6 bulan, beliau jatuh sakit dan berhenti dari melakukan kegiatan mengajar serta memberi ceramah. Beliau kemudian meninggalkan Baghdad beserta jawatan yang dia ada dengan alasan mahu menunaikan ibadah haji. Beliau mengembara selama 10 tahun.
Setelah beberapa tahun, atas permintaan Perdana Menteri Fakhr Mulk, al-Ghazali kembali mengajar di madrasah. Walaupun demikian, beliau masih tetap menulis dan mengamalkan cara hidup sebagai seorang sufi.
Pada saat-saat akhir hidupnya, beliau mengarang karya iaitu Minhaj al-Abidin. Ia merupakan ringkasan daripada pandangan dan cara hidup beliau sebagai seorang sufi. Beliau meninggal dunia di ibu kota kelahirannya dalam bulan 12.
Akhirnya, Imam al-Ghazali merupakan seorang tokoh yang sangat hebat dan berilmu. Beliau sentiasa berfikir bagaimana mahu membantu Islam dengan cara yang terbaik. Karya-karya beliau juga diikitiraf oleh Barat selain dijadikan rujukan kepada mereka. Sumbangan beliau sangat berharga untuk kepentingan Islam.
0 ulasan:
Post a Comment