Salahuddin Al-Ayubi salah seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam sejarah umat Islam. Sebut sahaja nama beliau, pastinya kebanyakkan kita kenal kepada beliau. Hal ini dek kerana kehebatan beliau dalam menawan Palestin dari tentera Yahudi. Setelah hampir 80 tahun
Palestin berada pada tangan Yahudi, akhirnya Salahuddin berjaya menawan kembali Palestin. Salahuddin terkenal baik dalam kalangan umat Islam mahupun musuh. Beliau juga
disegani oleh musuh-musuh Islam. Menurut sejarah, beliau merupakan seorang panglima yang gagah berani. Beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya demi kepentingan diri sendiri.
Beliau sangat terkenal dengan sifat dermawannya, kebaikan, keramahan kepada pembantu dan orang lain. Dia sangat pandai dalam bahasa, adab, tentang manusia dan mempunyai pengetahuan yang tinggi. Sehingga ada yang mengatakan beliau menghafal buku al-Hamasah dengan lengkap dan sempurna.
Selain itu juga, dia menjaga solat tepat pada waktunya dan dilakukan secara berjemaah. Ada yang mengatakan dia tidak pernah meninggalkan solat jemaah sepanjang hayatnya. Walaupun dia sakit, dia tetap menunaikan solat secara jemaah. Selain itu, beliau tetap bersusah payah menunaikan tahajud.
Salahuddin sangat suka mendengar ayat Al-Quran, hadis dan ilmu. Sewaktu sakitnya bertambah parah, dia memanggil Syeikh Abu Jaafar, Imam Masjid Kaherah agar menginap dirumahnya dan membacakan Al-Quran dihadapannya.
Diriwayatkan bahawa Syeikh Abu Jaafar membacakan al-Quran untuknya dikala keadaan Salahuddin sedang menghadapi sakaratulmaut. Ayat tersebut surah al-Hasyr ayat 22 bermaksud ;
Dialah Allah yang tiada Tuhan selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dia-lah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Lalu Salahuddin menjawab, “Dia (Allah SWT) memang berkata demikian.”
Ketika Azan Subuh berkumandang, Qadhi al-Fadhil dating menemuinya. Ketika itu, dia berada di penghujung nyawanya. Qadhi al-Fadhil lantas membaca surah at-Taubah ayat 129 bermaksud ;
Jika mereka berpaling (dari keimanan), Maka Katakanlah (wahai Muhammad) : "Cukuplah Allah bagiKu; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya Aku bertawakkal dan dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".Mendengarkan ayat tersebut, Salahuddin tersenyum dan wajahnya berseri-seri. Pada masa itulah rohnya diangkat oleh Allah SWT. Selepas itu, anaknya segera menggali kubur untuknya dan mendirikan Madrasah asy-Syafi’iyah berhampiran masjid al-Qadam atas dasar wasiatnya.
Jika kita perhatikan, Salahuddin Al-Ayubi seorang yang sangat hebat. Beliau Berjaya menawan kembali Palestin dari gengaman musuh Islam selama hampir 80 tahun ditwan musuh. Beliau sangat hebat dalam mengatur strategi perang sehinggakan hampir tiada langsung peperangan yang disertai beliau tewas kepada musuh.
Salahuddin bukan sahaja hebat dalam berperang, beliau juga sangat menjaga ibadahnya. Kebergantungan beliau kepada Allah SWT sangat tinggi. Beliau tidak merasakan hanya strategi sahaja menjad penentu kepada kemenangan, namun kebergantungan kepada pencipta kita adalah perkara paling pokok dan penting.
Akhirnya, kita selaku pemuda pemudi yang beragama Islam seharusnya menjadikan Salahuddin al-Ayubi ini sebagai contoh kepada kita dalam merencana strategi kemenangan dalam berperang. Usaha semata-mata tanpa tawakkal kepada Allah SWT adalah sia-sia. Jangan lupa, sehebat mana perancangan seorang manusia itu, tanpa keizinan Allah, perancangan itu tidak akan menjadi.
0 ulasan:
Post a Comment