Feb 2, 2010

Istimewanya Kita!!


Umat Muhammad dilahirkan pendek usianya. Hanya sekitar 60 k 70 tahun sahaja. Berbanding dengan umat terdahulu. Mereka dikurniakan oleh Allah panjang usianya. Nabi Nuh misalnya wafat ketika usianya mencecah 950 tahun. Satu usia yang sangat lama.

Namun, umat Muhammad dikurniakan keistimewaan yang pelbagai. Solat fardu 5 waktu sehari semalam bersamaan jika kita melakukan 50 rakaat sehari semalam. Puasa 6 hari selepas Ramadhan dikurniakan Allah pahala ibarat berpuasa selama setahun.

Maha suci Allah!! Mengurniakan pelbagai kelebihan kepada umat Muhammad berbanding umat-umat terdahulu. Sudahlah diberi pelbagai kelebihan dan keistimewaan, bahkan dimuliakan lagi pada hari Akhirat kelak dengan menjadi pengikut Rasul pertama yang paling awal masuk ke dalam Syurga.

Namun, adakah umat Muhammad ini sedar akan hal ini? Sayang seribu kali sayang. Perkara ini dipandang enteng dan tidak diendahkan oleh umat Muhammad. Umat ini tidak memandang berat perkara ini. Berterusan menzalimi agama yang dibawa oleh Muhammad berdasarkan wahyu Allah.

Pelbagai perkara yang dilarang dilakukan dengan sewenang-wenangnya. Daripada sekecil-kecil dosa sehingga sebesar-besar dosa. Semua ini boleh kita lihat dimana-mana pada masyarakat kini. Ajaran Islam yang mementingkan akhlak dan keadilan ditolak ketepi.

Hanya apabila timbul sahaja isu, barulah masing-masing mahu menjadi ‘hero’. Islam dijadikan alat untuk kepentingan diri masing-masing. Tiada lagi perasaan ikhlas dan sayang kepada agama Islam. Malahan sanggup berbuat apa sahaja hatta mezalimi diri orang lain.

Akhirnya, sebagai umat Muhammad, kita seharusnya melaksanakan segala perintah yang telah disyariatkan kepada kita. Amalkan sunnah yang telah dilakukan oleh baginda tanda kita sayang kepada baginda.

Ingatlah!! Diakhirat kelak, Rasulullah mampu meberi syafaat kepada umat-umatnya. Rebutlah peluang tersebut. Jangan biarkan ia berlalu sebegitu sahaja. Moga apa yang kita lakukan adalah bertepatan dengan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita semua.

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan