Dikisahkan terdapat 2 malaikat diutuskan oleh Allah untuk turun ke Bumi. Seorang bernama Harut dan seorang lagi bernama Marut. Mereka dipilih oleh para malaikat. Allah SWt mengurniakan mereka keinginan sama seperti manusia serta kesemua nafsu yang dimiliki oleh manusia biasa.
Maka turunlah kedua mereka ke Bumi dengan izin Allah SWt. Mereka membawa dakwah dan menyelamatkan manusia dari kesesatan pada zaman Nabi Idris AS. Mereka juga menghukum manusia dengan adil dalam menentukan yang hak dan batil.
Satu ketika, telah datang kepada mereka seorang wanita yang sangat cantik dan telah mempersonakan pandangan kedua mereka. Lantas mereka berjumpa dengan wanita tersebut dan berbual-bual. Mereka berbual-bual sehinggalah mengajak wanita tersebut membuat maksiat dengan mereka.
Wanita tersebut menolak kecuali dengan satu syarat. Iaitu mereka menganuti agama wanita tersebut yakni menyembah berhala. Kedua malaikat tersebut menolak lantas berlalu dengan hati yang sedih. Kemudian dihari yang lain, mereka berjumpa lagi dengan wanita tersebut dengan membawa maksud yang sama namun ditolak oleh wanita tersebut dengan syarat yang sama.
Akhirnya melihat kedua malaikat tadi bersungguh-sungguh, wanita tersebut memberi kedua mereka tiga pilihan. Mereka hanya perlu memilih salah satu antara ketiganya. Menyembah berhala, membunuh orang yang tidak bersalah, ataupun meminum arak.
Akhirnya mereka memilih untuk meminum arak kerana itulah perkara paling mudah untuk dilakukan oleh mereka. Setelah mabuk, mereka berzina dengan wanita tersebut. Kemudian kejadian tersebut dilihat oleh seorang lelaki. Dek kerana takut perbuatan mereka terbongkar, mereka membunuh lelaki tersebut.
Mereka kemudia tersedar akan kesalahan yang telah mereka lakukan. Kedua mereka mahu naik semula kelangit namun berasa malu kerana pintu antara langit dan bumi telah tertutup untuk mereka.
Selepas melihat peristiwa tersebut, seluruh malaikat dilangit tidak henti-henti memuji Allah disamping memohon kepada Allah agar mengampuni manusia yang beriman. Para malaikat berasa keseluruhan manusia seharusnya sedar akan adanya hari pembalasan bagi setiap yang telah dilakukan oleh para manusia.
Berdasarkan kisah kedua malaikat tadi, dapatlah kita simpulkan betapa nafsu ini sangat hebat menggoda manusia. Kerana itulah manusia dikurniakan oleh Allah senjata yang hebat bagi melawan nafsu tersebut. Yakni ilmu, akal dan hidayah.
Selain itu juga, Allah mengurniakan manusia senjata yang lebih hebat yakni keampunan oleh Allah SWt. Ia merupakan hadiah terbesar dan terhebat bagi manusia yang terlanjur dalam melakukan dosa dan maksiat terhadap Allah sepanjang hidupnya.
Bapa dan mak seluruh manusia yakni Nabi Adam dan Hawa adalah manusia pertama yang mendapat 'Hadiah Terbesar' ini. Mereka telah memakan buah Khuldi. Buah yang dilarang oleh Allah SWT untuk dimakan. Kedua mereka meminta ampun lantas bertaubat.
Akhirnya, perlu kita sedari dan ketahui bahawa pintu taubat sentiasa terbuka kepada umat Muhammad. Setiap masa, setiap ketika sehinggalah hari Qiamat. Sementara masih ada masa, marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah SWt agar memberi kita keempatan untuk bertaubat dan mendapat keampunan daripadaNya.
Ketahuilah setiap manusia tidak pernah terlepas daripada melakukan maksiat dan dosa kepada Allah pada setiap masa. Namun Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Allah sangat menyayangi hamba-hambaNya. Jangan cepat berputus asa dari rahmatNya yang sangat luas.
1 ulasan:
alhamdulillah... ya, [pintu taubat sentiasa terbuka. hanya bergantung pada kita sebagai umat dan hamba-Nya untuk menyedari kesilapan kita. terima kasih kerana mengingatkan aku yang masih lemah... :)
Post a Comment