Feb 28, 2010

Aku Ahli Gerakan Islam!!


Islam sentiasa dihadapan. Meski pelbagai mehnah yang datang, Islam tetap mampu menangani kesemua itu. Islam agama yang relevan pada setiap masa dan saat. Islam membawa manusia kejalan kebahagian sama ada di dunia mahupun akhirat.

Islam akan sentiasa digerakkan oleh tangan-tangan yang sayangkan Islam. Islam tidak akan mampu tertegak oleh jiwa-jiwa yang takut serta tiada hatinya hanya untuk Islam. Apa yang pasti Islam akan sentiasa tertegak di bumi Allah ini.

Sebagai salah seorang dari ahli gerakan Islam, aku sedar bukan mudah hendak membawa Islam kepada masyarakat. Pelbagai dugaan dan cabaran perlu aku hadapi. Ianya sangat memerlukan kesabaran serta pengorbanan yang tinggi.

Namun aku bertuah. Aku mempunyai ramai kawan-kawan bersamaku dalam perjuangan ini. Bila aku lemah ada yang akan membantu aku bangkit semula. Bila aku ada masalah, ada yang akan berkongsi denganku. Aku seronok dan aku berasa gembira.
Inilah kemanisan dalam gerakan Islam. Kawan-kawanku bersama dibelakangku. Aku akan sentiasa di ingati dan di nasihati bila aku memerlukan. Aku akan sentiasa ada teman dikala susah dan dikala senang.

Aku juga perlu melalui pelbagai ujian dan masalah sepanjang perjuanganku ini. Namun itu semua yang mematangkan aku sebagai seorang ahli gerakan. Aku diberi tugas dan kerja untuk disiapkan. Aku juga diberi amanah untuk aku pikul. Kesemua itu sekaligus telah mematangkan aku.

Ilmu yang kudapat dan ku pelajari sepanjang menjadi ahli gerakan ini dapat ku manfaatkan dalam kehidupan seharianku. Aku juga dapat mempelajari ilmu baru selain dapat meluaskan pandanganku mengenai erti kehidupan.

Ahli gerakan Islam mengajarku erti lebih berdikari. Serta menghayati dan mempraktikkan sendiri ilmu yang telah aku pelajari. Aku juga memahami bukan mudah hendak memperjuangkan Islam.

Pejuang Islam tidak akan dihampar dengan karpet merah. Pejuang Islam juga tidak akan diberi kemewahan dan kesenangan. Pejuang Islam sama sekali tidak akan disenangi baik musuh Islam mahupun umat Islam itu sendiri.

Sejarah membuktikan betapa banyaknya kehancuran Islam adalah kerana umatnya sendiri. Peperangan Siffin merupakan peperangan pertama berlaku sesama umat Islam. Kemudian terjadinya perpecahan dalam ideologi umat Islam dalam memahami Islam sebenar.

Akhirnya, aku sebagai ahli gerakan Islam menyedari, kerja yang aku lakukan ini adalah kerana Islam. Hidup dan matiku hanya untuk dipersembahkan kepada Islam. Berjuang memang sepahit hempedu kerana Syurga menjadi taruhan. Semoga aku terus istiqamah dan thabat dalam perjuangan ini. Insyallah..

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan