Peringatan Allah SWT dalam surah at-Taubah ayat ke 16 sangat memberi kesan kepadaku. Ayatnya yang bermaksud: "Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan, sedang Allah belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan tidak mengambil teman-teman yang setia selain Allah SWT, RasulNya dan orang-orang yang beriman. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan."
Aku sedar betapa kerasnya ingatan Allah ini kepada hambaNya. Memang mudah mahu berkata kita ini beriman kepada Allah SWT. Namun perlu kita sedar iman bukan sekadar ungkapan dari mulut. Iman lahir dari hati, diperkatakan oleh mulut seterusnya dibuktikan oleh perbuatan kita.
Tidak cukup jika kita hanya sekadar membicarakan sahaja tanpa membuktikan dengan perbuatan kita. Jika kita lihat zaman Rasulullah dahulu, para sahabat diseksa dengan kejam sekali. Pelbagai bentuk seksaan diterima oleh para sahabat. Ada antara mereka syahid dalam mempertahankan kalimah syahadah.
Iman mereka begitu kental sehingga sukar untuk digugat. Sahabat yang lain melihat mereka dengan simpati sekali. Rasulullah sendiri berasa sayu dan sedih. Melihat umatNya diseksa dan didera dalam mempertahankan Tauhid mereka.
Para sahabat meminta Rasulullah berdoa kepada Allah moga-moga umat Islam pada masa itu tidak diseksa. Lantas baginda berkata, ketahuilah bahawa sesungguhnya umat-umat terdahulu ramai yang terkorban dalam mempertahankan agama mereka. Ini merupakan ujian Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.
Ingatan Baginda ini seharusnya kita jadikan iktibar. Andaikata Malaysia yang aman ini diserang musuh Islam, adakah kita bersedia mempertahankan negara kita ini? Sanggupkah kita keluar berjihad dalam mempertahankan Islam dari musuh-musuh Allah ini? Bersediakah kita??
Ketahuilah bahawa sesungguhnya Islam akan sentiasa tertegak dimuka bumi Allah ini. Tiada siapa yang mampu menggugat kenyataan ini. Musuh-musuh Islam sendiri sedar akan hal ini. Maka mereka menggunakan pelbagai strategi bagi memecahbelahkan umat Islam dari bersatu mempertahankan agama Islam.
Manusia pada hari ini semakin jauh dari ajaran Islam yang sebenar. Kebanyakkannya sudah tidak menghayati ajaran Islam secara menyuluruh. Hanya mengambil kompenan kecil sahaja daripada keseluruhan Islam yang sebenar. Kemudian mereka melaung-laung perjuangan mereka adalah perjuangan Islam walhal tiada apa yang diperjuangkan untuk Islam.
Pejuang-pejuang Islam dahulu mengorbankan harta dan jiwa mereka demi Islam. Mereka sanggup meninggalkan anak bini mereka dalam mempertahankan Islam. Diri mereka hidup dan mati hanya untuk menegakkan Islam tercinta.
Ianya sangat berbeza dengan zaman kini. Dimana umat Islam gagal dalam memahami ajaran Islam yang sebenar. Islam dilihat dari kaca mata yang berbeza. Islam dilihat sekadar di tempat tertentu sahaja. Islam dilihat bukan cara hidup. Islam hanya dijadikan sebagai agama. Cukuplah hanya sekadar berada di IC sahaja.
Masa depan Islam kini samar dan kelam. Pejuang-pejuang Islam sudah tidak sekental dahulu. Jika kita melihat zaman baginda dan para sahabat serta tabi'in, cara hidup mereka sangat berbeza. Mungkin inilah cabaran yang perlu dihadapi oleh pejuang Islam masa kini. Penuh dengan dugaan dan cabaran dari pelbagai aspek dan sudut.
Akhirnya, saya menyeru kepada semua umat Islam yang merasakan diri mereka adalah tentera Muhammad dan pejuang Allah, marilah kita bersama-sama bersatu dalam menegakkan Islam tercinta.
Ingatlah!! Islam semakin lemah akibat keadaan kita yang lemah. Umat kita lesu akibat kita lesu. Umat kita dipijak dan dihina akibat kelemahan kita. Ya, Tanggungjawab kita besar. Namun ianya bukan alasan kita hendak mengabaikan tanggungjawab kita. Kita seharusnya menjadikannya batu loncatan dalam berjuang.
Amaran yang baca !!!
12 years ago
0 ulasan:
Post a Comment