17 Mac lepas, Putrajaya menjadi gempar-gepita. Kehadiran hampir 2000 orang masyarakat orang asli menggamit suasana Putrajaya. Pasukan polis terpaksa dikerah bagi menjamin keselamatan keadaan disitu.
Kehadiran orang asli ini ke Putrajaya sangat jelas. Mereka mahu menuntut hak mereka kepada pihak berkenaan. Hak mereka yang selama ini tidak diendahkan dan dipandang sepi.
Perhimpunan ini adalah yang kedua seumpamanya, selepas satu demonstrasi di hadapan pejabat JHEOA di Gombak pada 24 Februari lalu.
Dalam perhimpunan ini, Orang Asli membawa sepanduk dan kain rentang. Antaranya berbunyi 'Hak Kami Selaku Orang Asal Perlu dihormati', 'Jangan Hapuskan Akta Kami' dan 'Iktirafkan Wilayah Adat Kami'.
Jangan Perlekehkan Mereka!Kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal bahawa kehadiran orang asli ini ke Putrajaya hanya untuk bersiar-siar sama sekali kelihatan biadap. Ia seolah-olah memperlekehkan kehadiran mereka.
"Mereka datang bukan untuk protes tetapi untuk berjalan-jalan melawat Putrajaya dan kita juga bagi mereka makan-makan."
"Mereka juga datang untuk cuti sekolah hendak ambil gambar di Putrajaya sebab mereka cuma tengok Putrajaya dalam televisyen."
Adakah Datuk Shafie masih menyangka orang asli ini masih boleh diperbodoh-bodohkan?Presiden Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM) Majid Suhut kemudian lantang menjawab kehadiran mereka bukan sekadar berjalan-jalan. Kehadiran ribuan orang asli ke Putrajaya adalah untuk menyerahkan memorendum.
"Itu kenyataan yang tidak berapa tepat. Mungkin dia salah cakap dan perlu diperbetulkan. Itu persepsi dialah, tapi tujuan kita sebenarnya serius untuk serahkan memo kepada perdana menteri dan juga kepada beliau,"
Siapakah Orang Asli Ini?Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan.
Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.
Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 141,230 orang.
Mereka terbahagi kepada tiga Kumpulan Kaum Orang Asli iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.
Nasib Mereka?Menurut Perkara 153 and 161 Perlembagaan Persekutuan, Orang Asli tidak diberi hak keistimewaan sebagai bumiputera. Orang Asli tidak dikategorikan sebagai bumiputera.
Hal ini kerana Perlembagaan Persekutuan hanya memperuntukkan orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak sahaja yang dianggap sebagai bumiputera.
Lihatlah Rakyat MalaysiaJika dahulu kita hanya dapat melihat orang asli dikawasan pedalaman sahaja. Kini mereka sudah sampai kePutrajaya. Jika dahulu kita jarang melihat Putrajaya bergegar dengan demonstrasi, kini orang asli berjaya melakukannya dengan bergaya sekali.
Ia menunjukkan masyarakat orang asli kini sudah semakin matang dalam mempertahankan hak mereka. Mereka tidak rela diperbodoh dan dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Meskipun mereka tinggal jauh dipedalaman, namun mereka tetap manusia biasa yang punyai perasaan.
Manusia yang mempunyai naluri untuk mempertahankan hak-hak yang sepatutnya mereka dapat dan nikmati. Mereka bukan lagi golongan yang boleh dipermain-mainkan. Hatta ke Putrajaya pun mereka sanggup pergi bagi memperjuangkan hak mereka.
Masyarakat Malaysia Semakin MatangKehadiran ribuan orang asli bukan sahaja mewakili masyarakat orang asli sahaja. Ia mewakili suara seluruh masyarakat Malaysia. Jika hari ini orang asli bangkit menuntut hak mereka, tidak mustahil akan ada golongan lain pula yang akan bangkit mempertahankan hak mereka.
Jangan sangka rakyat Malaysia masih ditakuk lama. Tanpa internet pun maklumat yang sebenar dapat disalurkan kekawasan pedalaman. Buktinya sudah dapat dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia sendiri pada 17 Mac lalu bertempat di Putrajaya.
Moga kejadian ini akan menyedarkan pihak berkenaan betapa rakyat Malaysia sudah semakin bijak dan sedar akan hak mereka yang sebenar.
1 ulasan:
tak sangka orang asli bukan bumiputra. baru tahu ni.
Post a Comment