Pendedahan terbaru Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sangat memeranjatkan kita semua. Manakan tidak, seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun lalu.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim, bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun sebelumnya. Pada 2008 seramai 16,541 anak luar nikah didaftarkan di JPN manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.
Hal ini semestinya sangat membimbangkan kita semua. Bilangan ini bukan sedikit. Bilangan ini sangat banyak. Ini belum termasuk lagi yang tidak didaftarkan. Pastinya jika dihitung semua,
jumlahnya akan menjadi berlipat kali ganda.
Bayi luar nikah ini adalah hasil hubungan terlarang antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin. Kasihan bayi-bayi ini. Mereka tidak berdosa, namun terpaksa menanggung beban yang ditinggalkan oleh ibu ayah mereka seumur hidup mereka.
Persoalannya, sampai bilakah perkara ini akan berterusan? Tidak malukah kita apabila ia melibatkan agama kita sendiri? Apakah pandangan orang bukan Islam terhadap Islam pula? Dakwah kita selamanya tidak akan sampai pada mereka. Bahkan menjadi ‘black fire’ kepada Islam itu sendiri.
Dimanakah peranan pihak-pihak yang terbabit? Adakah perlu menunggu sehingga statistik ini mencapai sehingga keangka sejuta baru hendak mengambil tindakan? Sangat sedih melihat statistik ini meningkat saban tahun.
Perlu kita ingat, statistik yang dibuat bukan hanya untuk dilihat sahaja.. Statistik seharusnya diguna dengan sebaik mungkin. Statistik bukanlah data tahunan yang hanya dikumpul dan di’file’kan tanpa ada tindakan sewajarnya.
Ia seharusnya dianalisa, dikaji dan diambil tindakan yang sewajarnya. Tambahan pula, apabila ia melibatkan masalah gejala sosial dikalangan umat Islam di Malaysia sendiri. Berat mata ini melihat, namun berat lagi hati yang menanggung.
Ingatlah semua, hal ini melibatkan masa depan umat Islam di Malaysia sendiri. Statistik ini mencerminkan masalah sosial Malaysia yang semakin bernanah kepada Negara luar. Pastinya malu bagi kita untuk berhadapan dengan mereka.
Akhirnya, Malaysia tidak mungkin akan maju jika masalah sosial ini tidak dikawal dari sekarang. Tiada guna andai Malaysia maju sekalipun, andai rakyatnya menghadapi masalah sosial yang sangat teruk. Moga kita semua insaf dan sedar sebelum azab Allah datang kepada kita. Na’uzubillah min zalik (moga Allah menjauhkan kita daripada perkara tersebut).
9 ulasan:
hari ini kita di kejutkan lagi dengan pembungan bayi di tempta pembungan sampah.
Alhamdulillah bayi perempuan tersebut masih bernyawa.
salam ziarah. :-)
---------
Fahmi.
dunia2..
ooo....
Di mana silapnya didikan kita kita... sehingga tidak tahu membezakan halal dan haram...
nnt bulan 11, mesti akan byk lg bayi kne buang..sbb bulan 2 aritu valentine day
sokong dengan komen xpo. haiz... tiap2 ujung taun mesti statistik akan meningkat.
daripada dibuang, baiklah war2kan utk mencari penjaga lebih baik kan? :) ramai pasangan2 yang masih belom ada rezeki mencari anak angkat di luar sana (termasok juge mereka yang masih single pun mencari).
MasyaAllah..bagaimana2,apa yg harus kita lakukan utk ubah dlm masa yg krikital ni..nk ubah undang2 sedia ada xkan boleh..memang dah jadi kewajiban bagi kita yg menyaksikan ni berbuat sesuatu..sekurang2nya BUAT SESUATU yg boleh menyedarkan muda-mudi meskipun kanak2 sekolah rendah.
dahsyat2!
kalaulah seandainya Allah itu DIKENALI, Rasul itu DIIKUTI dan Islam itu DIFAHAMI, alangkah indahnya!
keruntuhan ini pd mereka, peringatan bg kita.
takutnye bce.. sedih.. ape nak jadi ngn kte smue ni :(
Post a Comment