Wahai orang-orang yang beriman! jadilah kamu penolong-penolong agama (Allah) sebagaimana Isa putra Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, " Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku untuk menegakkan agama Allah?" Pengikut-pengikutnya yang setia itu berkata,"Kamilah penolong-penolong agama Allah,"lalu segolongan dari Bani Israel beriman dan sebahagiannya yang lain (kafir), lalu Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, sehingga mereka mejadi orang-orang yang menang. (surah soff : 14)
Siapakah Hawariyyun ini?Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari pakar-pakar sejarawan seperti Ibnu Kathir, Imam Qurtubi, serta kitab-kitab Qisasul Anbiya' telah dijelaskan bahawa Nabi Isa Al-Masih (Jesus Christ) mempunyai 12 orang sahabat. Dalam Quran mereka digelar sebagai Al-Hawariyun (الحواريون). Masyarakat Kristian pula menggelar mereka 12 diciples.
Secara harfiahnya, istilah Hawariyun adalah jamak dari perkataan Hawariyun yang bererti "Dia yang memutihkan pakaian," Siapa sahaja yang telah dipilih dan diangkat dan dibersihkan daripada sebarang jenis kecacatan, "merupakan seorang teman dan bantuan".
Imam Ibnu Katsir (d.774/1352) berkata, "Bantuan Yesus Hawariyun diangkat kerana pakaian putih." Menurut Ibnu Katsir 'Hawari' dalam bahasa Arab bererti 'dukungan'. Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani pula berkata sejak Sawra Sufyan ia berkata, "Hawari bererti 'penolong'
Qatadah (d.117/695) berkata," Ini membawa definisi yang mampu menjadi khalifah (khalifah atau menteri). Yunus bin Habib melaporkan bahwa Hawari adalah "seorang yang tulus" dan Ibn Al-Kalbi ia didefinisikan sebagai makna "teman".
Kisah Hawariyyun Dalam Al-QuranFirman Allah berkaitan keimanan anggota Al-Hawariyun dalam Al-Quran Surah Al-Maaidah ayat 111-115:
"Dan (ingatlah) ketika Aku(Allah)ilhamkan kepada orang-orang Hawariyiin(sahabat-sahabat Nabi Isa):"Berimanlah kamu kepadaKu dan kepada RasulKu!",Mereka menjawab:"Kami telah beriman,dan saksikanlah,bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam(Muslim)(yang menyerah diri kepada Allah)".
"Dan (ingatlah) ketika orang-orang Hawariyun berkata:"Wahai Isa ibn Maryam(Nabi Isa)!Dapatkah kiranya Tuhanmu menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?"Nabi Isa menjawab:"Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
"Mereka menjawab:"Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu(untuk mengambil berkat),dan supaya tenang tenteram hati kami,dan juga supaya kami ketahui dengan yakin,bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami,dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri".
"Isa ibn Maryam (itu pun berdoa kehadrat Allah)berkata:"Ya Allah,Tuhan kami!Turunkanlan kiranya kepada kami satu hidangan dari langit,untuk menjadi hari raya bagi kami,iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian,dan sebagai satu tanda(Mukjizat) daripadaMu(yang menunjukkan Kebesaran dan KekuasaanMu),dan kurniakanlah rezeki kepada kami,kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
"Allah berfirman:"Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu,kemudian sesiapa yang kufur ingkar sesudah(turunnya hidangan itu),maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk".Pengikut Setia Para NabiAl-Quran merujuk Hawariyyun ini kepada beberapa orang yang beriman pada Yesus dan mengikut Dia, mendukung dia dan membantu dia. Mereka kesemuanya adalah murid-murid Yesus.
Nama Hawariyyun ini digunakan terutama bagi orang-orang yang mengikuti Yesus dan membantunya dan dikatakan tidak untuk para pengikut nabi-nabi lain. Namun, setiap nabi memiliki Hawariyyun mereka sendiri. Nabi kita Muhammad SAW dalam hadits mengatakan :
"Setiap nabi memiliki Hawariyun dan Hawariku adalah Zubair"Hawariyyun KiniMeskipun kelompok ini sudah tiada, namun semangatnya boleh kita ambil. Sebagai penolong agama Allah yang setia, kelompok ini sangat membantu agama Allah. Mereka tidak mengenal penat dan lelah. Jiwa dan harta mereka hanya untuk agama Allah sahaja.
Semangat inilah yang seharusnya kita ambil dan jadikan pedoman dalam hidup. Dalam keadaan Islam yang ditekan sekarang, kita seharusnya menjadi benteng dalam mempertahankan Islam. Kita seharusnya menjadi penolong kepada agama kita.
Tiada lagi masa untuk kita leka dan bergaduh sesama sendiri. Kita seharusnya bersatu dalam mempertahankan Islam. Janganlah kita menjadi punca keretakan Islam. Tiada untungnya kita saling bergaduh hanya kerana berbeza fahaman dan pegangan.
Islam sentiasa akan dijulang. Cuma siapakah orang-orang tersebut menjadi persoalan. Kitalah seharusnya mengisi kekosongan tersebut. Kitalah yang seharusnya berasa bertanggungjawab dalam menegakkan kalimah Allah ini.
Hawariyyun Menggegar!!Kelompok Hawariyyun yang sedikit inilah yang akan menggegar dunia sekarang. Kita akan bersama-sama memperjuangkan Islam. Kita akan bersama-sama mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh pejuang sebelum kita.
Kitalah mata rantai perjuangan Islam. Kita bukan pemula dan bukan pengakhir kepada gerakan ini. Kita semua adalah penerus mata rantai perjuangan ini. Semoga kita akan saling mengingati antara satu sama lain seterusnya menggegar dunia dengan perjuangan kita ini. Insayallah..
3 ulasan:
Artikel yang baik. Semangat hawariyyun perlu dijadikan virus kepada seluruh ummat manusia!
Saya sokong!!
jadi marilah kita bersama-sama merapatkan saf perjuangan kita. Bersatu kerana Islam
Hawariyyun adalah kelompok yang sedikit sahaja bilangannya. Sangat mengkagumkan berdasarkan semangat mereka
Post a Comment