10 Mac lepas, umat Islam seantero dunia bergegar lagi! Keberanian musuh Islam menghina junjungan kita Nabi Muhammad SAW sangat-sangat mencabar kesabaran umat Islam. Kebebasan bersuara dijadikan tiket mereka menghina Nabi kita.
Pelukis Sweden, Lars Vilks melukis kartun menghina Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat membuat lakaran tubuh Rasulullah s.a.w. seperti anjing dan disiarkan oleh akhbar Dagens Nyheter, Expressen serta Sydsvenska Dagbladet.
Pada mulanya ia ingin dikemukakan sebagai bahan pameran ke sebuah pusat warisan budaya Sweden.
Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan. Namun, akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama sebuah editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Ma’amor Osman menggesa umat Islam negara ini untuk memboikot semua produk dari Sweden. Ia bertujuan untuk menunjukkan rasa marah dengan tindakan yang tidak menghormati sensitiviti umat Islam itu.
“
Menjadi kewajipan kita untuk mencintai dan melindungi Rasulullah, jadi saya menyeru umat Islam bukan saja di Malaysia malah seluruh dunia untuk mengenal pasti dan memboikot semua produk dari Sweden. Masyarakat Islam juga boleh menghantar bantahan termasuk melalui emel kepada kedutaan Sweden di negara masing-masing bagi mengecam tindakan itu yang begitu tidak bertamadun dan beradab,” katanya.
Perbuatan ini tidak boleh dimaafkan sama sekali. Ia melibatkan junjungan besar kita, Muhammad SAW. Jika Saidina Umar masih hidup pada masa ini, pastinya musuh tersebut akan dicincang-cincang dan dibunuh dek kebiadapannya itu.
BALASAN TERHADAP ORANG YANG MENGHINA RASULLULAH
Firman Allah SWT dalam surah Al-An’am yang bermaksud, “
Dan demi sesungguhnya telah diperolok-olakkan beberapa rasul sebelum darimu, lalu orang-orang yang mengejek diantara mereka ditimpakan (balasan azab) bagi apa yang telah mereka perolokakkan itu.”
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik berkata :
Ada seorang lelaki beragama Nasrani telah memeluk agama Islam. Beliau menghafaz surah al-Baqarah dan surah Ali-Imran. Beliau juga merupakan tukang tulis hadis Baginda SAW. Lalu beliau murtad dan berkata : Muhammad tidak mengetahui apapun kecuali apa yang aku tuliskan padanya. Setelah beberapa lama lelaki tersebut mati dan dikebumikan.
Namun tanah mengeluarkan tubuhnya semula. Lantas berkata kaumnya : “Ini adalah perbuatan Muhammad dan sahabatnya,” setelah (Nasrani tersebut) lari dari (agama) mereka, mereka membongkar semula mayat saudara kita lalu dibuang diluar kubur. Mereka menggali sedalam mungkin dan keesokannya diludah semula oleh bumi. Maka sedarlah mereka itu bukan perbuatan manusia.
SEJARAH RINGKAS
Penghinaan musuh Islam terhadap Muhammad SAW tidak pernah berhenti. Pada tahun 1989 Salman Rushdie telah menghina Nabi SAW melalui karyanya “The Stanic Verses”.
Kemudian pada tahun 1990, penghinaan terhadap baginda SAW semakin menjadi-jadi. Taslima Nasreen seorang warganegara Bangladesh telah menghasilkan karya menghina Nabi SAW. Karya wanita jalang ini kemudiannya dicetak berulang kali oleh Negara Barat. Dia juga mendapat perlindungan dari Negara Barat tersebut.
Kemudian penulis Syiria, Haidar Bin Haidar telah mengarang sebuah novel fiksyen. Beliau telah memasukkan watak Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda lalu menghina mereka. Sebagai tanda bantahan, puluhan ribu mahasiswa Islam berdemonstrasi sebagai tanda protes.
Mereka berdemonstrasi menuntut agar novel itu diharamkan seterusnya ditarik balik dari pasaran. Bantahan aman tersebut disuraikan dengan gas pemedih mata dan peluru getah. Seorang mahasiswi telah gugur syahid dalam pertempuran tersebut.
TERUS BERJUANG
Sebagai umat Islam, umat Muhammad, menjadi kewajipan kita mempertahankan Rasullulah SAW. Mungkin banyak benda boleh kita bertimbang dengan musuh Islam. Namun dalam soal ini, tiada kompromi diterima.
Nasi sudah menjadi bubur. Umat Islam diseluruh dunia akan bersatu menentang kebiadapan ini. Ia tidak boleh dimaafkan. Perbuatan ini sangat menhina kedudukan Islam selaku agama yang diikitraf Allah SWT dalam quranNya.
MUHASABAH BERSAMA
Namun, sebagai umat Islam, kita seharusnya menilai kembali diri kita. Kenapa musuh-musuh Islam berani menghina Nabi Muhammad SAW? Bahkan disiarkan lagi kepengetahuan seluruh dunia.
Ini bukan yang pertama. Ini mungkin sudah hampir yang ke ribuan kalinya. Namun persoalannya. Kenapakah tidak ada tindakan yang khusus dalam mencegah perkara ini dari berulang?
Mungkin benar ada pendapat yang mengatakan, jika kita mengikuti pandangan Fatwa membunuh Salman Rushdie dahulu, musuh-musuh Islam tidak berani menghina Islam apatah lagi secara terbuka.
MARI BERSATU
Kejadian ini seharusnya dijadikan pengajaran berguna bagi kita. Sebagai Umat Islam yang sayangkan Rasulnya, kita harus mempertahankan maruah baginda. Makam baginda sangat mulia. Bukan sahaja bagi manusia, namun seluruh alam.
Akhirnya, marilah kita bersatu dan berpadu dalam menentang kebatilan yang nyata ini. Penghinaan terhadap baginda bukan perkara main-main. Ia adalah jenayah paling berat dan perlu dihukum tidak kira semasa hidup mahupun ketika mati.
6 ulasan:
umat islam skrg nie pon makin hancur ,
mcmana nk bsatu ?
tmbah pulak yg dalam malaysia nie ,
xnmpak mcm islam da pon .
orang kafir skang ni makin berani sebab orang islam tak melawan. paling2 pun kecam dan boikot. tak bermakna semua tu. sepatutnya orang islam kena bangun berjihad demi islam.
nak bersatu macamana masjid pun kosong...
sebab kita tak bersatu la orang barat berani hina Rasulullah..
nabi kita Muhammad dah wafat still di benci oleh orang kafir.
Ya Allah nak menangis ingat derita nabi..hingga sekarang orang tak senang, tak dpat duduk diam bila kebenaran Nabi Allah mendapat sambutan seluruh dunia.
Insaflah..selagi bala belum menimpa.
mrk ingin memadamkan nur Allah dgn mulut mereka, tapi Allah tetap menyempurnakannya. Walaupun dibneci oleh org2 kafir.
Post a Comment