Mar 14, 2010

Fikir Negatif, jangan!


Mungkin dalam kehidupan kita penuh dengan sangkaan buruk. Apabila ada yang tulus untuk memberi pendapatnya, ia dianggap cuba mengambil kesempatan. Lantaran pemikiran diselimuti perasaan negatif, rasa curiga sentiasa muncul apabila ada yang ingin mendekati kita.

Apabila ada orang benar-benar ingin membantu, dia dianggap menghina kehormatan seseorang. Fikiran negatif memang menyusahkan. Fikiran negatif menjadikan kita semakin rimas.

Fikiran yang membuat manusia tidak pernah mahu mendidik hatinya untuk merasa tenang dan redha dengan kebaikan seseorang. Sejauh manakah buruknya kesan 'negative thinking' ini kepada diri kita?

Percaya atau tidak, fikiran negatif inilah bakal menyekat pergerakan kita kearah matlamat kehidupan kita. Belajar dari kegagalan mampu memberi motivasi kepada manusia untuk terus memperoleh yang terbaik.

Begitu juga belajar daripada kesilapan, akan mengajar manusia untuk lebih teliti supaya tidak berulang lagi kesilapan yang sama. Pesan Nabi kita, manusia paling bodoh adalah manusia yang dipatuk ular dua kali pada tempat yang sama.

Namun, sejauh manakah fikiran kita mampu yakin bahawa kegagalan dan kesilapan itu tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang? Set Your Mind....

Manusia dicipta Allah dengan memiliki pelbagai kelebihan dan keistimewaan. Ia juga mempunyai kelemahan dan kekurangan yang tersendiri. Namun tersirat 1001 hikmah disebalik semua itu.

Bagi mengelak kita menjadi manusia yang sering melakukan kesilapan yang sama berulang kali, kita perlu sentiasa memuhasabah diri kita. Kita perlu menjadikan kesilapan kita sebagai pengajaran yang berguna. Bukan sekadar pengalaman.

Ingatlah, berfikir negetif hanya akan menyesakkan diri kita. Kita perlu sentiasa ceria dalam menghadapi kehidupan seharian kita. Ia sekaligus membantu memudahkan urusan seharian kita.

1 ulasan:

MF said...

Yup, betul.. Try to see on positive sides n bsangka baik pd Allah, dn org2 mukmin.. bknkah itu ajaran Islam?

Jzkk ats perkongsiannya.. Teruskan menulis =)

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan