“Saya tahu saya mempunyai badan yang lemah, tetapi saya memiliki hati seperti seorang raja.” – Queen Elizabeth dalam ucapannya pada tahun 1588-
“Pergilah kamu (lelaki) menenun kain. Berikan pedangmu kepadaku!!” – bentak Ummu Aiman dalam perang Uhud
Hari Wanita Sedunia
Tanggal 8 Mac, dunia akan meraikan Hari Wanita sedunia. Menyulusuri sejarah Hari Wanita sedunia ini, ia bermula pada Februari 1909 di Amerika Syarikat berikutan deklarasi yang dikeluarkan oleh Parti Sosialis di Amerika Syarikat.
Idea bagi mewujudkan Hari Wanita Sedunia lahir apabila berlaku proses perindustrian dan perkembangan ekonomi AS yang membawa kepada protes wanita tentang keadaan buruk ditempat kerja.
Dikatakan pada 8 Mac 1857, wanita yang bekerja dikilang kain dan tekstil tidak berpuas hati dengan kebajikan tempat mereka bekerja. Lantas mereka telah mengadakan demonstrasi tanda bantahan di New York.
Malaysia sendiri menyaksikan hak kaum wanita ini mula diiktiraf sejak mula kemerdekaan lagi. Wanita dinegara ini menyuarakan hak mereka melalui cara mereka tersendiri.
Pada tahun 1989, Dasar Wanita Negara diperkenalkan bagi memastikan impak yang positif kepada golongan wanita ini kepada negara. Dasar ini merupakan satu dokumen yang progresif dan dinamik. Bertujuan mencapai persamaan gender dan pembanggunan negara lestari.
Pengiktirafan IslamSabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita di dunia; mereka itu ialah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibunda Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah s.a.w. dan Fatimah binti Muhammad, puteri kesayangan Baginda” (Riwayat Bukhari).
Suatu hari, Asma binti Yazid Al-Ansari menghadap Rasulullah,dan berkata:”Ya Rasulullah! Aku datang menghadapmu mewakili wanita-wanita yang lain yang ada didunia ini. Atas nama mereka aku datang padamu mengatakan bahawa kami beriman kepada Allah dan NabiNya.Tetapi mengapa kami harus berada dalam rumah memenuhi keinginan suami ,setelah itu hamil, melahirkan, kemudian menyusui dan mengurus anak-anak serta rumah? Dan mengapa kami tidak punya izin untuk solat Jumaat, menguburkan mayat, menjenguk orang sakit, ikut berperang dan lain-lain yang dilakukan oleh orang lelaki? Apakah kami tidak mempunyia hak untuk mendapatkan pahala seperti mereka? Rasulullah menjawab;”Wahai Asma! Kembalilah ketempatmu dan katakan pada kaum hawa bahawa mengurus suami ,anak dan rumah pahalanya lebih besar dari haji, perang dan lain-lain.Dari Muaz bin Jabal, diriwayat oleh Abu Hurairah Rasulullah SAW bersabda :
" Mana-mana perempuan yang berdiri atas dua kakinya membakar roti bagi suaminya, hingga muka dan tangannya kepanasan disebabkan api itu, maka diharamkan muka dan tangannya dari kebakaran api Neraka. Dan mana-mana perempuan yang menunggu suaminya pulang lalu disapukan mukanya, dihamparkan hamparan duduknya, disediakan makan minumnya, direnungkannya muka suaminya, memegang tangan suaminya, memperelokkan jamuan kepadanya, memelihara anaknya dan memanfaatkan hartanya pada suaminya untuk mencari keredhaaan Allah, maka diberikan baginya akan setiap kalimah ucapannya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Kiamat Allah akan mengurniakan padanya "nur" sehingga tercengang-cengang perempuan-perempuan Mukmin seluruhnya atas kurniaan keramat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan Nabi-nabi."
Al-Quran mengenai wanitaAl-Quran menyebutkan bahawa ada tiga wanita yang boleh diangkat menjadi contoh kepada kaum hawa
Pertama, Asiah,isteri kepada Firaun, seorang wanita mukminah yang berada pada situasi yang sukar untuk beriman, namun beliau tetap memegang teguh imannya.Allah SWT berfirman: “
Dan Allah menjadikan istri Fira’un sebagai perumpamaan bagi orang-orang beriman.”(At-Tahrim 11)
Yang kedua, isteri Nabi Nuh A.S dan yang ketiga isteri Nabi Luth A.S. Dimana keduanya hidup di tengah keadaan dan syarat yang memenuhi untuk beriman tetapi mereka gagal untuk memegang teguh keimanannya. Allah SWT berfirman "
Allah mempercontohkan kepada orang-orang yang ingkar/kafir seperti isteri nabi Nuh dan Luth. Mereka berada di bawah lindungan dua orang hamba dari hamba-hamba kami yang soleh.”(At-tahrim 10).
Ayat diatas menunjukkan dua situasi yang berbeza. Asiah meskipun mempunyai suami kejam bernama Firaun, beliau masih tetap menegakkan kalimah Allah. Hasilnya beliau diiktiraf Allah dalam al-Quran.
Peranan Wanita KiniWanita kini bukan lagi dianggap sebagai ‘penghuni tetap’ diceruk dapur semata-mata. Tetapi telah menjadi salah satu entiti penting dalam pembangunan ummah. Kredibiliti mereka tidak lagi dipandang enteng.
Hal ini kerana keupayaan kaum wanita mampu membuatkan mereka duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kaum lelaki yang lain. Banyak contoh memperlihatkan kehebatan kaum ini.
Kita boleh lihat beberapa orang dari kaum hawa ini yang menjadi pemimpin. Antaranya, Margerat Thatcher, Benazir Bhuto,Gloria Macapagal Aroyo dan Megawati Sukarnoputri. Kesemua mereka merupakan pemimpin dinegara mereka.
Negara kita juga tidak kurang hebatnya. Gabenor Bank Negara kita, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz telah menerima pelbagai pengiktirafan sebagai antara Gabenor Bank terbaik didunia. Satu pengiktirafan yang sangat bermakna bagi seorang rakyat Malaysia.
Hanya Untukmu
Hari Wanita sedunia ini sememangnya wajar diberikan kepada kaum Hawa. Jasa mereka sangat tinggi dan tidak dapat dibayar dengan dunia. Manusia dilahirkan dari rahim manusia yang bergelar Ibu. Ibu memberi kasih sayang sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak mereka.
Wanita sewajarnya dihormati dan dikasihi kerana pengorbana mereka. Mereka membesarkan anak-anak mereka. Memberi seluruh perhatian yang ada kepada anak-anak mereka. Semoga seluruh ummat manusia sedar betapa pentingnya kehadiran seorang wanita dalam dunia ini.
4 ulasan:
Wanita itu hiasan dunia.Seindah hiasan, adalah wanita solehah.
Kamu menjadi sebutir mutiara. Berada di dasar lautan. Tersimpan rapi di lindungi kulit.
Bukan senang nak melihat. Apa lagi mendapatkannya.
Hanya orang yang bertuah sahaja. Berusaha menyelami dasar lautan dapat memperolehnya. Harganya mahal sekali. Dan ia akan tersimpan selamanya.
Yup..setuju...
wanita antara yang banyak masuk neraka..padahal..langkah menuju ke syurga begitu senang..hanya taat dan patuh pada Allah,rasul dan suaminya...nAmun masih ramai yang tidak memahami hakikat yag ditetapkan oleh Allah..
semoga golongan wanita ini sedar..
insyallah
Post a Comment