Awas!! Adakah kita merasakan computer atau laptop kita berada dalam keadaan selamat sekarang? Adakah kita yakin anti-Virus kita ada sekarang mampu menyelamatkan komputer kesayangan kita?
Jika kita rasa komputer kita dan datanya benar-benar selamat dengan sentiasa mengemaskini perisian antivirus, anda sebenarnya salah, kata seorang pakar virus komputer.
Naib Presiden Symantec Hosted Services Group (Asia-Pacific and Japan) Bjorn Engelhardt, berkata ada berjuta-juta virus dan spam yang dikeluar dan dimasukkan dalam internet serta mustahil untuk mana-mana program antivirus mengesan dan mengawal malware yang menyebabkan gangguan kepada komputer dan datanya.
“Perisian antivirus bertindak balas untuk virus dan spam yang dikenal. Apa yang kita bimbang ialah mengenai malware iaitu sesuatu yang baru... mereka dicipta dalam jumlah berjuta setiap hari. Sebagai contoh seseorang menghantar anda e-mel dengan alamat laman web dan anda klik ke atasnya.
“Walaupun komputer anda tidak rosak pada masa anda membuka laman web itu, malware akan masuk sendiri ke dalam komputer anda, mengambil semua data dan menghantar semula kepada orang yang memasukkan malware itu,” katanya dalam satu temu bual, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Beliau berkata, komputer yang rosak akibat virus dilihat seperti ketinggalan zaman dan trend sekarang ialah memasukkan malware oleh spam melalui e-mel dan ‘mencuri’ maklumat peribadi pengguna untuk tujuan yang salah
Apakah Itu Malware?
Malware dalam bahasa Melayunya bermaksud Perisian perosak. Ia merujuk kepada perisian yang direka bagi membolos atau merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran secara jelas daripada pemilik.
Istilah ini seringkali digunakan oleh golongan profesional komputer sebagai istilah payung kepada bentuk-bentuk kod perisian yang mampu mendatangkan keburukan kepada komputer tanpa pengetahuan penggunanya ataupun paling tidak mengganggu privasi pengguna tersebut
Bukan semua malware merupakan virus komputer. Istilah lain yang telah dicipta bagi perisian perosak adalah perisian jahat (badware). Kemungkinannya disebabkan usaha anti-perisian perosak Stopbadware.
Perisian dianggap sebagai berasaskan malware berasaskan anggapan tujuan pencipta dan bukannya berdasarkan ciri-ciri tertentu. Ia termasuk virus komputer, cecacing komputer, kuda Trojan, kebanyakan rootkit, perisian intip (spyware), perisian iklan (adware) menipu, dan perisian jahat dan yang tidak dikehendaki lain.
Menurut undang-undang, perisian perosak kadang kala dianggap sebagai pencemaran komputer, sebagai contoh dalam kod perundangan California, West Virginia, dan beberapa negeri di Amerika Syarikat
Sejarah Ringkas
Kebanyakan perisian jangkitan awal, terutamanya cecacing komputer pertama dan beberapa virus MS-DOS, ditulis sebagai ujian atau nakal bertujuan sebagai tidak merbahaya atau hanya mengacau dan bukannya menyebabkan kerosakan serious.
Sehingga akhir 1999, virus yang tersebar luas seperti virus Melissa kelihatannya ditulis sebagai berseronok (pranks)
Bagaimanapun, dengan peningkatan capaian Internet jalur lebar, perisian lebih berniat jahat telah direka bagi tujuan keuntungan. Sebagai contoh, sejak 2003, kebanyakan virus dan cecacing yang tersebar luas direka bagi mengambil alih komputer pengguna bagi penggunaan pasaran gelap.
Mengapa Perlu Kita Cakna??Menurut laporan terbaru Symantec mengenai ancaman keselamatan internet, jumlah dan penyebaran kod program yang merosakkan (malicious code) meningkat dengan pantasnya.
Ini menyebabkan Symantec perlu mencipta lebih daripada 1.6 juta malicious code signature yang baru untuk membantu menghalang 245 juta cubaan serangan malicious code di seluruh dunia pada setiap bulan, sepanjang tahun lalu.
Ancaman terhadap komputer menjadi semakin rumit malah bentuk ancaman berkembang lebih daripada sekadar virus. Ancaman dari aktiviti online yang makin berkembang juga sedikit sebanyak mengubah konsep perlindungan komputer.
Ia berfungsi untuk bertindak terhadap ancaman seperti trojan horses, worms dan spyware yang sering datang dari laman web yang dilayari. Ini secara tidak langsung meletakkan pengguna dalam risiko ruang siber.
Lihat saja berapa banyak aktiviti online yang kita lakukan hari-hari, sama ada menghantar atau menerima emel; berkongsi foto dan fail; bersembang; bermain permainan online; muat turun muzik; video dan sebagainya.
Malangnya, apa saja yang kita simpan dalam komputer berdepan dengan risiko setiap kali kita online termasuk identiti, kata laluan dan maklumat peribadi kita.
Virus komputer hanya sebahagian kecil daripada ancaman komputer. Biasanya, ia dimuat turun secara tidak sengaja dan akan 'tinggal' dalam sebuah fail. Apabila anda membuka fail itu, virus menjadi aktif.
Ini boleh memberi kesan serius. Antaranya, merosakkan sistem komputer, mencuri maklumat identiti anda, menjangkiti fail yang anda hantar kepada orang lain selain tersebar sendiri kepada sesiapa yang berada dalam buku alamat emel anda.
Bagaimana virus disebarkan?Ketika anda melayari internet, ada banyak cara untuk anda terjebak dengan serangan virus yang merosakkan. Senario yang lazim berlaku, pencipta virus akan mengeksploitasi browser anda yang terdedah kemudian memuat turun malicious code pada bahagian latar belakang, ketika anda melawat sesebuah laman.
Ada juga yang menggunakan skrip program yang kecil untuk menyerang komputer ketika anda melawat sesebuah laman dan mengaktifkan program yang sedia ada di situ.
Dalam pautan (attachment) emel pula, pencipta virus suka menghantar e-mel kepada banyak alamat pada satu masa serta cuba menarik perhatian penerima emel untuk mengaktifkan virus yang sudah mereka sembunyi dalam fail pautan yang dihantar dalam emel itu. Kaedah yang sama juga dilakukan dengan pautan fail pada mesej segera atau instant messenger (IM).
Penggodam masa kini menggunakan pelbagai muslihat untuk 'memujuk’ anda membuka dokumen Word yang mempunyai virus, antaranya dengan menampakkan seolah-olah ada mesej penting untuk anda dalam dokumen berkenaan.
Contohnya, ketika perhatian tertumpu kepada penularan wabak H1N1 sekarang ini, ramai penggodam menyebarkan emel yang mempunyai pautan Adobe yang bertajuk Swine influenza frequently asked questions.pdf.. Apabila pengguna membuka fail berkenaan, malcode di dalam pdf akan cuba meninggalkan malware dalam sistem komputer pengguna itu.
Mencegah Lagi Baik Dari MengubatiIngatlah sebelum terlambat. Jangan terhantuk baru hendak mengadah. Computer kini adalah keperluan utama kita. Tambahan pula bagi golongan pelajar dan pekerja. Computer sangat membantu dalam urusan kita seharian.
Menjaga computer amat penting. Kita perlu mengetahui cara-cara yang sebenar dalam menjaga computer kita. Kita perlu cakna dan memastikan computer kita dalam keadaan selamat.
Akhirnya, sebelum terlambat, marilah kita sama-sama berhati-hati dalam menjaga computer kita baik dari segi perisian dan data. Semoga sedikit maklumat yang dikongsi ini mampu menyedarkan kita akan betapa pentingnya menjaga laptop kita.
1 ulasan:
aku suka entri ni. banyak info yang aku baru tau lepas baca. good job bro.
Post a Comment