Hati ini merasa lemah dalam melalui lorong-lorong kehidupan. Ada sahaja halangan dan rintangan yang perlu kulalui. Bila sudah merasa tenang, pasti akan tiba rintangan lain yang perlu kuhadapi. Kadang-kadang rasa lelah dan putus asa timbul dari hati kecilku ini.
Namun, aku berfikir kembali, mungkin setiap yang berlaku, ada hikmah yang tersembunyi. Tetaoi apakan daya, aku hanyalah manusia biasa. Lemah dalam menghadapi setiap ujian yang menimpa keatas diriku ini.
Aku beruntung kerana mempunyai ramai sahabat-sahabat yang membantuku. Mungkin inilah nilai sebenar sebuah persahabatan. Sangat menghiburkan hati dikala aku merasa kesusahan. Tidaklah merasa kesunyian dalam menghadapi tiap dugaan yang mendatang.
Aku belajar banyak perkara daripada kesusahan yang aku alami. Aku lebih mengetahui siapakah kawan sebenarku. Kawan dikala susah dan kawan dikala senang. Aku bersyukur padaMu Ya Allah kerana telah membuka mataku siapakah kawan-kawanku ini. Tanpa ujian tersebut, mana mungkin aku akan mengenali siapakah dia kawan-kawanku ini.
Ujian yang kulalui ini juga banyak mengajarku erti kesusahan yang dihadapi oleh orang lain. Jika aku merasa sesak dan susah, ada ramai lagi diluar sana yang mengalami nasib yang teruk dari aku. Bahkan jauh lebih susah dari apa yang pernah aku jangkakan.
Erti kesusahan ini juga mengajarku untuk bersyukur atas segala nikmat dan kurnia yang pernah kudapat. Aku belajar untuk menghargai sesuatu perkara. Belajar menghargai seseorang dan belajar menghargai kehidupan ku sendiri sebagai Hamba Allah.
Bila kumelihat kembali sirah junjunganku Nabi Muhammad SAW, kehidupan baginda jauh lebih susah daripada kehidupanku ini. Baginda tidak pernah merasa senang. Hatta pada umur seawal 12 tahun baginda telah menolong bapa saudara baginda pergi berniaga.
Baginda kehilangan kasih sayang ibu dan bapanya sebelum baginda kenal dunia ini sendiri. Baginda menjadi yatim piatu dalam meneruskan kehidupan seharian baginda. Namun baginda hadapi dengan tabah selain bertawakal kepada Allah SWT.
Bagiku kesusahan inilah yang melahirkan ramai orang-orang yang hebat. Mana mungkin seorang tokoh dilahirkan dalam keadaan yang senang tanpa diuji sedikit pun dalam kehidupannya. Kesusahan inilah seterusnya melahirkan ramai pemimpin yang hebat dan berkarismatik.
Amaran yang baca !!!
12 years ago
0 ulasan:
Post a Comment