Feb 26, 2010

Masa Depan Malaysiaku


Sedar atau tidak Malaysia sekarang sedang mengalami satu transformasi dalam kehidupan masyarakat. Tsunami poloitik pada PRU ke-12 lalu sedikit sebanyak telah banyak mengubah landskap perubahan minda rakyat Malaysia.

Kebangkitan Pakatan Rakyat sedikit sebanyak telah membuka minda masyarakat Malaysia sekarang. Kerajaan Malaysia bukan hanya boleh dipacu oleh satu pihak sahaja. Namun ianya boleh dipacu oleh sesiapa sahaja yang bersedia untuk memimpin Malaysia dengan adil dan telus.

Tidak dapat dinafikan kebanyakan masyarakat masih tidak dapat menerima perubahan yang berlaku namun ianya tidak mustahil jika pihak PR terus berusaha menunjukkan nilai politik yang sebenar. Namun perlu diingat, perjuangan tidaklah semudah bahasa yang bertutur kerana ia memerlukan pengorbanan sehebat Nabi Nuh.

Pengorbanan Nabi Nuh dalam menyebarkan dakwah kepada umatnya sangat hebat. Hatta dia sanggup menorbankan anak dan isterinya yang tersayang dalam menyelamatkan agama Allah ini. Maha Hebat perjuangan baginda dalam menegakkan kalimah Allah ini.

Pilihanraya Ke-13 bakal berlangsung tidak kurang dari 3 tahun sahaja lagi. Pilihanraya Ke-13 ini sepatutnya dijadikan medan kepada PR dan BN bagi menarik rakyat bersama mereka. Tanpa sokongan dari rakyat, mana mungkin keduanya mampu berdiri seperti sekarang.

Pelbagai isu timbul selepas tsunami politik pada PRU-12. Antaranya isu Melayu di Pulau Pinang, isu kemajuan di Kedah, isu rampasan kuasa di Perak, isu air di Selangor, isu Kroni di Kelantan dan paling hangat sekarang adalah isu liwat bekas timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Apa yang pasti, isu tersebut banyak dimainkan oleh media perdana seperti Berita Harian dan TV3. Media-media ini sentiasa melaporkan setiap perkembangan yang berlaku di negeri PR. Mereka tanpa jemu menyiarkan masalah yang berlaku pada negeri-negeri ini.

Kadang-kala rasa kelakar juga. Adakah negeri yang ditawan BN ini 'aman' semuanya? Perlis memperlihatkan pertembungan antara puak Shahidan dan Md Isa. Seterusnya memperlihatkan Terengganu saling menuduh antara satu sama lain akibat tamakkan kuasa. MCA sendiri masih dalam krisis kepimpinan mereka.

Kesemua ini akhirnya berjaya di'cover' oleh media perdana. Mereka dijadikan alat oleh pihak tertentu dalam menyelamatkan kedudukan mereka. Sangat licik juga mereka dalam hal ini.

Penguasaan media ini sama sahaja dengan cara Israel menggunakan media mereka bagi mempengaruhi masyarakat dunia untuk menghalalkan segala tindakan mereka. Terutama sekali dalam membenarkan usaha mereka untuk menawan Palestin.

Krisis politik ini sebenarnya memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia. Rakyat akan diberi pilihan untuk memilih pemimpin yang terbaik dari kalangan mereka. Mereka juga akan melihat sistem yang lebih telus selain hak mereka akan dijaga dengan lebih baik berbanding sebelum ini.

Akhirnya, saya sebagai rakyat Malaysia sentiasa berharap Malaysia akan diperintah oleh pemimpin yang baik. Antaranya seperti Sultan Muhammad al-Fateh yang berjaya menawan kota Konstantinopel. Selain itu kejayaan Khalifah Umar Abd Aziz menjaga kebajikan rakyatnya sehingga tiada yang miskin sepanjang 2 tahun pemerintahannya.

Semua itu tidak mustahil untuk berlaku andaikata kita terus memantau perkembangan politik ini dari kaca mata hati. Jangan terima sesuatu berita itu dari satu pihak sahaja. Setiap yang kita dapat itu kita kaji dan kita analisis. Semoga akan lahir pemimpin yang baik dikalangan kita nanti. Insyallah...

0 ulasan:

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan