Feb 20, 2010

Liga Juara-juara Eropah 09/10


Peminat bola sepak tempatan kini pastinya akan merasai bahang bola sepak sepanjang tahun ini. Bermula dengan liga juara-juara eropah yang sudah memasuki fasa peringkat kalah mati sehinggalah kepada piala dunia yang bakal berlansung tidak lama lagi.

Kini, peminat pastinya bakal merasai demam bola dengan bahang yang kian memuncak. Debaran semakin dirasai tatkala piala liga juara sudah memulakan sepak mula pada pagi 17hb Feb yang lepas.

Piala Liga Juara Eropah ini merupakan piala rebutan kelab elit Eropah saban tahun. Kita menyaksikan juara silih bertukar ganti. Namun kehangatannya tetap sama. Setiap tahun kita dapat menyaksikan bakat-bakat baru muncul dari kelab-kelab elit ini. Antaranya Kaka dan Messi.


Piala ini menjadi subjek terhangat kelab-kelab Eropah dalam memenangi piala ini. Hadiah yang ditawarkan sangat lumayan. Mencecah hampir 50 juta dolar bagi sang juara. Itu belum termasuk lagi dengan perjanjian hak penyiaran dan jualan barangan yang bakal diterima mereka.

Peringkat Kumpulan


Tahun ini kita dapat menyaksikan pelbagai kejutan berlaku dalam pertandingan ini. Antara paling mengejutkan adalah penyingkiran pasukan pilihan dari England, yakni Liverpool dari peringkat kumpulan. Mereka hanya sekadar berpuas hati dengan tempat ketiga dibelakang Fiorentina dan Lyon.

Seterusnya pasukan bukan pilihan Bordeaux berjaya menjadi juara kumpulan mengatasi dua pasukan elit, Bayern Munich dan Juventus. Selain itu, mereka berjaya mencipta rekod dengan memenangi lima perlawanan dan satu seri.

Pencapaian yang jarang dapat dicapai oleh mana-mana pasukan sepanjang sejarah pertandingan ini. Mereka juga berjaya mengutip mata tertinggi dengan 16 mata berbanding juara kumpulan lain. Pencapaian yang sangat membanggakan terutama dengan statusnya sebagai pasukan bukan pilihan.

Peringkat kumpulan juga memperlihatkan kejutan apabila juara musim lalu, Barcelona ditundukkan oleh pasukan ‘underdog’ dari Rusia yakni Rubin Kazan. Ia membuktikan betapa hebatnya sesebuah pasukan itu, ia tidak mustahil untuk dikalahkan oleh mana-mana pasukan lain.

Peringkat Kalah Mati

Peringkat kalah mati juga menyaksikan beberapa pertembungan yang melibatkan emosi. Antaranya Ac Milan dan Manchester United menyaksikan kembalinya Beckham ke Theater of Dream di Old Trafford. Tempat dia membesar sebagai pemain bola sepak.

Pertembungan ini pastinya menarik kerana kita dapat menyaksikan pertemuan guru dengan bekas anak muridnya. Antara Sir Alex Ferguson dengan David beckham. Perlawanan ini juga menyaksikan pertembungan dua gergasi yang sedang memperbaiki maruah pasukan masing-masing.

Selain itu, pertemuan Inter dan Chelsea juga menyaksikan kepulangan ‘Special One’ ke Stamford Bridge. Pasukan yang pernah dia bimbing sehingga menjadi juara Liga Perdana Inggeris sebanyak dua kali. Pastinya pertembungan ini menarik kerana barisan bintang Chelsea kebanyakkannya sama dengan barisan bintangnya satu ketika dahulu.


Empat perlawanan yang sudah berlangsung baru-baru ini juga menyaksikan pelbagai kejutan berlaku. Jaringan Makoun pada jarak 25 meter tepat menuju ke penjuru gawang Madrid dan menjadikannya gol kemenangan Lyon keatas Madrid.



Meskipun Real dibarisi pemain bintang seperti Ronaldo dan kaka, namun ia tetap gagal menghadiahkan kemenangan kepada mereka. Pastinya ia menjadi pengajaran yang berguna buat mereka di masa hadapan.

Kesilapan berprofil tinggi penjaga gol Arsenal menyaksikan mereka dihukum Porto. Meskipun Wenger mempertikaikan gol kedua Porto, namun keputusan pengadil adalah muktamad. Beliau seharusnya memperkemaskan lagi barisan pertahanan selain meningkatkan lagi motivasi para pemainnya pada perlawanan seterusnya.

Akhirnya, piala liga Juara-juara Eropah kali ini pastinya menjadi medan terbaik buat para pemain dalam menjamin tempat mereka pada piala dunia akan mendatang. Prestasi mereka bakal menentukan tempat mereka ke Afrika pertengahan tahun ini.

Apapun cabaran sebenar baru bermula. Siapakah bakal menjadi juara Eropah pada bulan lima nanti? Adakah Barcelona bakal mencipta sejarah dengan pencapaian mereka pada musin lalu? Ataupun pasukan Bordeaux bakal mencipta sejarah baru dengan memenangi perlawanan edisi kali ini.

Hanya strategi yang betul dan permainan yang berani bakal menyaksikan kelibat sang juara. Juara bagi Eropah. Juara bagi pasukan yang penuh ego dan bintang. Juara yang bakal memperolehi pendapatan lumayan.

1 ulasan:

M!Er4N said...

Tahun ni x best nk tgk Piala Eropah ni, team peberet da tersingkir..huhuhu..tp tetap sokong liverpool 4ever..hhuhuh

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan