Feb 4, 2010

Rahsia Nombor 7



Angka dan nombor sering dikatakanmempunyai rahsia tersendiri. Sesetengah orang menjadikan angka sebagai nombor bertuah mereka. Mereka menggunakan nombor tertentu dalam kehidpuan seharian mereka.

Antaranya seperti nombor telefon, nombor rumah, nombor plat kereta dan sebagainya. Masing-masing mempunyai alasan sendiri kenapa mereka menggunakan nombor tertentu.

Tidak kurang juga ada orang yang menjadikan nombor sebagai nombor igaun mereka. Bangun pagi sahaja sudah ingat nombor. Tidur pun kalau dapat mimpi, nak mimpi nombor. Boleh pergi ke kedai nombor selepas itu. Inilah golongan yang dipanggil ‘taik nombor’.

Dalam islam nombor tidak mempunyai apa-apa kepentingan . Sama sahaja nombor 1 hingga ke nombor berapa pun. Namun kalau mengikut sunnah Rasulullah, baginda suka menggunakan nombor ganjil berbanding genap. Hal ini bertepatan jika kita lihat dalam al-Quran sendiri. Kebanyakan disebut nombor ganjil.

Antara banyak-banyak nombor yang di ulang sebut dalam al-Quran adalah angka 7. Misalnya Allah menciptakan langit dan bumi sebanyak tujuh lapisan. Allah juga menjadikan siang dan malam bersilih ganti dalam tujuh hari. Allah juga mecipta syurga dan neraka sebanyak tujuh tingkatan.

Demikian juga dengan amal ibadah kita. Misalnya haji, kita perlu bertawaf sebanyak tujuh pusingan. Bersai sebanyak tujuh kali. Melontar di tiga jamrah iaitu jamrah al-Aqabah, Ula dan Wusta sebanyak tujuh biji batu setiap balingan.

Demikian juga dengan kalimah syahadah. Ianya terdiri dari tujuh kalimah. Apabila dilihat pada syarat sah sembahyang, antaranya perlu menyempurnakan tujuh anggota badan ketika sujud. Yakni dahi, dua tapak tangan, dua lutut dan dua tapak kakinya yang ditegakkan anak-anak jari.

Mudah kata, kebanyakan angka tujuh dipilih Allah dalam beberapa ibadah kita. Ia juga disebut secara berulang kali didalam al-Quran. Hanya Allah sahaja yang tahu rahsia angka tersebut. Hikmat dan rahsia itu pula dikembalikan kepada kita.

Apabila kita ingin mengungkap perkara ini, dapatlah kita ungkapkan bahawa angka ini memenuhi keperluan kehidupan manusia. Apabila disebut 7 hari, maka kita wajar penuhkan 7 hari itu dengan amalan yang membawa kita ke syurga.
Apabila disebut 7 anggota sujud, maka kita perlu melaksanakannya. Jika kita mengingkari perkara tersebut, ia seolah-olah kita tidak mahu sujud kepada Allah dengan penuh rasa kehambaan. Apapun hakikatnya, hanya Allah sahaja yang mengetahui.

Akhirnya, sebagai orang yang beriman, kita seharusnya menerima dan melaksanakan perintahNya. Menjadi tanggungjawab kita tidak mempercayai nombor-nombor tertentu sebagai nombor bertuah atau sebaliknya.

Apatah lagi kita menggunakan nombor tertentu untuk melakukan dosa dan maksiat kepada Allah. Semoga kesemua amalan yang kita lakukan member hikmah dan rahmat kepada kita. Amiinn..

1 ulasan:

Zikri Husaini said...

terima kasih atas peringatan itu...

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan