Feb 7, 2010

Cahaya Islam Makin Bersinar


Dunia kini melihatkan kebangkitan Islam. Perkara ini sedaya upaya dinafikan oleh media barat. Namun ia tidak dapat dirahsiakan lagi dari pengetahuan masyarakat dunia yang semakin bijak dan pandai mencari maklumat.

Meskipun peristiwa 11 September masih menghantui masyarakat Islam, namun ia sebenarnya membawa 1001 kebaikan kepada Islam sendiri. Agama Islam semakin subur di Negara-negara barat dan Amerika Syarikat sendiri.

Jika dilihat, selama hampir 2 dekad terakhir ini, jumlah umat Islam di dunia telah meningkat secara perlahan-lahan. Angka statistik tahun 1973 menunjukkan bahawa jumlah penduduk Muslim dunia adalah 500 juta orang. Kini, angka ini telah mencapai hampir 1.5 milion orang.

Jika dicongak, setiap salah seorang dari empat penduduk dunia adalah beragama Islam. Satu jumlah yang sangat ramai. Ia boleh disimpulkan bahawa umat Islam kini terdapat merata-rata hampir diseluruh pelusuk dunia ini.

Peningkatan yang berterusan ini bukan hanya disebabkan jumlah penduduk yang terus bertambah di negara-negara Islam, bahkan jumlah mualaf-mualaf yang baru memeluk islam yang terus meningkat di dunia ini. Suatu fenomena yang sangat positif bagi perkembangan Islam sendiri.

Perkembangan Islam ini dapat dilihat berkembang lebih ketara terutamanya selepas serangan terhadap World Trade Center pada tanggal 11 September 2001 lalu. Ketertarikan secara alamiah dan rasa ingin tahu telah mendorong peningkatan jumlah warga dunia yang berpaling kepada Islam.

Manakala dalam sebuah laporan yang didasarkan pada media masa asing di tahun 1999, majalah Turki Aktüel menyatakan, para pemerhati Barat berpendapat dalam masa 50 tahun akan datang, Eropah bakal menjadi salah satu pusat utama perkembangan Islam didunia ini.



Jika dilihat daripada fenomena global pula, Islam merupakan agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian dan merupakan agama nombor satu paling cepat berkembang di dunia.

Sebuah laporan dalam Reader’s Digest pada tahun 1984 menyatakan, dalam tempoh 50 tahun sebelumnya yakni pada tahun 1934-1984, agama Kristian berkembang sebanyak 47%. Manakala penduduk dunia bertambah sebanyak 136%. Umat Islam pula berkembang sebanyak 235%! Satu analisis yang mengejutkan kita semua.

Menurut seorang pakar dalam laporan The New York Times pada Oktober 2001, kira-kira 25,000 orang memeluk Islam di Amerika Syarikat setiap tahun, manakala laporan lain menyatakan 100,000 orang setahun. Kebanyakannya adalah masyarakat kulit hitam Amerika diikuti golongan wanita tanpa mengira bangsa.

Bahkan, jika diperhatikan, 4 daripada 5 saudara baru ialah daripada golongan wanita. Ia menjadi suatu bukti yang jelas kepada tanggapan bahawa Islam tidak pernah menindas wanita. Bahkan Islam adalah agama yang melindungi hak-hak wanita dalam kehidupan masyarakat.

Pesatnya perkembangan Islam di AS diakui Dr Umar Faruq Abdullah, ketua Nawawi Fondation. Saat ini tak kurang dari tujuh juta warga AS yang memeluk agama Islam. Menurut Faruq lagi, 90 peratus umat Islam di AS adalah mereka yang lahir di sana. Ia sekaligus menjadikan Islam menjadi lebih mudah untuk berkembang.

Jika dilihat pada perkembangan yang lain pula, kebanyakan gereja telah bertukar wajah menjadi masjid. Gereja-gereja ini dibeli oleh umat Islam. Lantas mereka menjadikan gereja tersebut sebagai masjid sebagai tempat mereka beribadah.


Antaranya seperti Masjid Zakariyya di Boltan, Masjid Jamek London yang terletak di Brick Lane 52, Masjid Disbury di Manchester, dan Masjid Sentral Wembley di Bandar Wembley. Kesemua masjid ini berada di Britain.

Namun, untuk mendirikan masjid ini bukanlah satu tugas yang mudah. Umat Islam disana terpaksa menempuh pelbagai dugaan dan masalah dalam membina tempat mereka hendak beribadah. Apa yang pasti, usaha mereka tidak sia-sia. Akhirnya mereka berjaya membina masjid mereka sendiri.

Akhirnya, perkembangan Islam dinegara-negara barat menjadi satu fenomena kini. Rusia juga dikatakan bakal menjadi Negara Islam pada tahun 2032. Ia membuktikan betapa Islam sekarang sedang menjadi agama utama dunia. Bahkan tidak mustahil mampu kembali menjadi agama yang berkuasa didunia ini.

Persoalannya bila dan siapa akan menjadi pemimpin kita pada masa itu? Siapa yang mampu menyatukan umat Islam ini seterusnya mengembalikan kegemilangan Islam dimuka bumi Allah ini. hanya masa mampu memberi jawapan kepada semua persoalan ini.

Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkasakan ilmu kita seterusnya mengembangkan dakwah itu sendiri. Jadilah seperti buah kelapa yang mampu membentuk pulau dilautan yang luas. Mampu memberi manfaat kepada orang lain seterusnya kepada Islam itu sendiri.

3 ulasan:

zulhilmi tempoyak said...

apa pandangan tuan punya blog tentang piliharaya kampus..
jawab je bila pon ek..
hihi

pecinta_Islam said...

alhamdulillah..ada peningkatan:)

akmal_891226 said...

pilihanraya kampus satu medan yang baik dalam melahirkan kepimpinan muda bagi mengantikan kepimpinan negara sekarang..
ia tidak seharusnya dicemari dengan insiden hitam yang mematikan bakat itu untuk lahir sendiri..
sekadar pndngn

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan