Kaki melangkah sambil hati berbicara. Bicara perihal peribadiku yang penuh dengan kejadian dan pengalaman. Pengalaman mengenai hidup sepanjang umurku didunia ini. Umur aku dilahirkan oleh ibuku yang teramat kusayang. Apalah yang ingin aku persembahkan tentang amalan ku di Akhirat kelak?
Adakah sudah memadai bagiku untuk melangkah bersama kekasih Allah ke Syurga idaman setiap manusia? Ataupun aku juga bakal menjejaki Syaitan Laknatullah ke neraka? Umurku pula bagaimana..adakah masa lagi bagiku untuk hari esok??
Seringkali hati berbisik, jika esok aku menghadap ilahi, apakah yang akan aku persembahkan. Amalan ku amat kecil sekali. Malu rasanya hendak menghadap dalam amalanku sekarang. Namun, sering juga aku berfikir, sampai bilakah amalanku akan mencukupi?
Adakah dengan usia yang panjang baru amalanku akan mencukupi? Aku sedar. Ajal tidak mengira usia. Adikku hanya berusia tiga bulan semasa nyawanya dia di ambil dari kami. Sangat cepat sekali dia meninggalkan kami tatkala usianya baru menginjak 3 bulan.
Aku merenung jauh. Makin hari masa semakin suntuk. Usia kematian semakin menjengahku. Apakah esok mahupun lusa? Tiada kematian selain mati syahid yang mampu menjamin tiketku ke Syurga secara percuma. Namun bukan mudah bagiku hendak mendapat itu.
Hatta Khalid al-Walid yang jiwanya sentiasa berperang pun mati di atas katil, inikan pula diriku yang tidak pernah sekalipun berperang menentang mush Allah. Apakah masih ada kesempatan bagiku untuk Syahid dijalan Islam?
Ya Allah.. Kadang-kadang aku leka, aku tidak sedar akan dosa-dosa yang aku lakukan padaMu. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Berilah aku satu kekuatan untuk aku kuat dan menyerahkan diriku sepenuhnya padaMu. Aku Hamba yang lemah lagi hina. Tidak mampu menahan nafsu yang selalu mencengkam diriku ini.
Ya Allah, aku bersyukur padaMU kerana masih memberi aku peluang untuk hidup dimuka bumiMu ini Ya Allah. Terimalah penghambaan dari ku ini semoga aku menjadi hambaMu yang bersyukur. Menjadi hambaMu yang hanya menghambakan diri kepadaMu sepanjang hidupku. Aminn..
0 ulasan:
Post a Comment