Jan 14, 2010

Ada apa dengan Bola Sepak??


Sukan bola sepak sangat sinonim dengan kaum Adam. Sebut sahaja pasal pemain, pasukan dan sebagainya tentang bola sepak, pastinya dapat dijawab dengan mudah. Tambahan pula, teknologi kini memudahkan lagi untuk mendapat perkembangan semasa tentang bola sepak.

Semudah A B C. Boleh dilanggan samada dengan SMS mahupun dibaca dalam surat khabar ataupun dilayari di internet. Kesemuanya boleh diguna pakai bagi mendapat maklumat mengenai perkembangan terkini bola sepak.

Malahan jika diperhatikan, antara bahagian yang selalu dilihat dahulu pada surat khabar adalah bahagian sukan selain hiburan. Ianya semacam menjadi satu trend bahagian sukan menjadi bahagian kegemaran para pembaca surat khabar termasuk penulis sendiri.


Bola sepak sememangnya mempunyai keunikannya tersendiri. Jika kita lihat di Eropah, bola sepak semacam menjadi sukan utama dikebanyakan Negara-negara. Pelbagai anugerah dibuat bagi meraikan para pemain, pengurus dan pasukan bola sepak Eropah tersebut.

Jika dilihat pada pasaran perpindahan para pemain, kita boleh lihat bagaimana beraninya Real Madrid membelanjakan hampir 215 juta dolar untuk membeli pemain. Sangat berani jika dilihat pada keadaan ekonomi yang tidak stabil.

Namun itulah istimewanya bola sepak. Ianya mempunyai prospek perniagaan yang sangat menarik selain menambah kekuatan pada skuad masing-masing. Selain menjana pendapatan melalui penjualan tiket perlawanan, mereka boleh menambah pendapatan melalui jualan jersey, cenderahati dan tajaan koprat.

Jika dilihat pada musim 2009/2010 kali ini, pelbagai peristiwa berlaku sekaligus menghangatkan lagi suasana musim kali ini. Musim kini sudah hampir kepada separuh musim. Liga Juara Eropah dan Liga UEFA sudah sampai peringkat kalah mati. Pelbagai kejutan berlaku hampir setiap berlaku.


Antara kejutan besar kali ini adalah pasukan Liverpool. Pasukan yang dinilai tinggi namun tersungkur dari liga Juara-Juara Eropah. Tambah malang, kedudukan mereka di liga Inggeris sangat rapuh. Mereka terkeluar daripada kelompok empat teratas. Ini sekaligus menimbulkan keraguan kepada pengurus mereka kini, Rafael Benitez.

Adakah dia benar-benar mampu membuktikan kemampuannya sebagai pengurus berwibawa ataupun tidak. Adakah dia bakal senasib dengan rakan sejawatnya dulu, Mark Huges ataupun bakal mencipta kejutan di akhir musim. Hanya masa bakal menetukan segalanya. Inilah keseronokan bola sepak. Penuh persoalan dan tanda tanya. Sangat menghiburkan.

Selain itu, isu piala Afrika baru-baru ini juga tidak kurang hangatnya. Isu bas pasukan Togo diserang hendap menggemparkan dunia. Kematian dan kecederaan dilaporkan. Ia sekaligus menimbulkan persoalan mengenai keselamatan para pemain dan pasukan bagi menghadapi piala Afrika kali ini.

Ianya sekaligus menimbulkan kerisauan kepada tuan rumah mengenai penganjuran kejohanan kali ini. Adakah keselamatan pasukan lain selamat ataupun bakal menimpa nasib yang sama? Apapun yang berlaku, kejohanan tetap diteruskan. Namun pastinya sambutan yang diterima kurang mendapat perhatian sekaligus merencatkan kemeriahan kejohanan kali ini.


Piala dunia juga bakal berlangsung tidak lama lagi. Para pemain dan pasukan setiap Negara pastinya menyediakan pelbagai persiapan bagi menghadapi kejohanan kali ini. Kejohanan yang bakal berlangsung di Afrika Selatan pastinya menjanjikan pelbagai kejutan sekaligus mewarnai bola sepak pada tahun ini.

Kejohanan empat tahun sekali ini sangat berprestij tinggi. Juara edisi lalu, Italy pastinya paling merasai tekanan bagi mempertahankan kejuaraan mereka. Mereka bakal disaingi hebat oleh Negara-negara lain yang sememangnya mengidamkan kejuaraan edisi kali ini.

Antara pasukan yang menjadi pilihan adalah Sepanyol dan Brazil. Sepanyol hadir selaku juara Eropah 2008 pastinya menghadirkan kegerunan kepada tiap pasukan. Brazil pula mempunyai ramai pemain individu yang hebat dan mempunyai skill yang tersendiri sekaligus memberi ancaman kepada Sepanyol dan Italy.

Namun, jangan dipandang enteng pasukan lawan yang lain. Masing-masing mempunyai strategi masing-masing bagi memenangi Piala Dunia kali ini. Kehadiran mereka bukanlah sekadar mahu melengkapkan senarai pasukan yang layak, namun sebagai bakal juara edisi kali ini. Peluang yang ada harus digunakan sebaik mungkin.

Akhir kata, bola sepak merupakan permainan yang menjadi kegilaan ramai kaum Adam. Ia mempunyai kemeriahannya tersendiri. Namun, sebagai umat Islam, kita seharusnya tidak menjadikan bola sepak ini sebagai aktiviti utama kita sehingga melalaikan ibadah kita.

Seharusnya kita jadikan permainan bola sepak ini sebagai salah satu medan dakwah kita. Selain itu, kita boleh mengeratkan lagi ukhwah antara kita dengan bermain bola sepak ini. Selain itu, kita boleh menerapkan semangat pasukan dalam permainan ini. Semoga aktiviti bermain bola sepak ini memberi kita manfaat dan rahmat dari Allah SWT.

3 ulasan:

NzA said...

wah, ni peminat bola spk le ye...jgn xtau 3 org ank2 dara kak nza pn minat bola spk...snggup tunggu smpai pagi espclly kalu ada prlwnan MU n Chealse

akmal_891226 said...

mestilah peminat bola sepak sejati..nama pun kaum lelaki kan..sukanlah satu-satunya benar sebab x boleh bohong dalam keputusan

masYie said...

huhu... bagus2... sihat tubuh badan sihat rohani... hureyy..
Allahu Akbar!!!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan