Kelantan dibawah pentadbiran Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dilihat sentiasa kehadapan berbanding negeri-negeri yang lain. Meskipun pada mulanya diragui kepimpinan ala ‘Ulama’, namun kini Tuan Guru telah menyangkal semua tomahan tersebut.
Inilah istimewanya apabila pentadiran sesebuah kerajaan berada dibawah pentadbiran seorang ulama. Seorang yang fakih mengenai ilmu agama dan fakih mengenai pentadiran Negara. Rakyat berada dalam keadaan rahmat, negeri pula dalam keadaan selamat.
Jom Heboh yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan dari 26-27 Mac menyaksikan keunikannya tersendiri. Setelah hampir 7 tahun Jom heboh ini diperkenalkan, buat pertama kalinya ia diadakan di Bumi serambi mekah ini.
Ianya sekaligus menyangkal dan menjawab tohmahan-tohmahan nakal mengatakan Tuan Guru menutup semua pintu-pintu hiburan. Bahkan ia menjadi asas penting betapa Islam tidak pernah menolak hiburan. Cuma ia dilakukan berdasarkan syariat yang telah digariskan oleh Tuhan kita, Allah SWT.
Persetujuan Bersama
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri.
Asas kawalan utama adalah tetap melarang penyanyi wanita membuat persembahan. Manakala penonton hendaklah diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.
“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak.” “Pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini.” “Turut diadakan sempena Jom Heboh itu ialah satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,” jelas Takiyuddin.
Peraturan Kerajaan Negeri
Perlaksanaan Jom Heboh di Bumi Serambi Mekah ini didasari dengan beberapa syarat dan garis panduan berdasarkan Dasar Kebudayaan Negeri Kelantan 1998.
Antaranya mestilah berlandaskan Islam bagi mencapai keredaan Allah, apa-apa unsur kebudayaan luar hendaklah selaras dengan prinsip Islam, boleh diamalkan kebudayaan setiap kaum tetapi hanya untuk kaum tersebut, mengutamakan pembangunan yang mengambil kira nilai budaya setempat dan selaras dengan Islam, berlaku pengasingan lelaki dan wanita, dan amalan kebudayaan yang bercanggah dengan hukum syarak hendaklah disesuaikan dengan syarak.
Peluang Keemasan
Sekali Jom Heboh dilaksanakan, pasti Heboh satu negeri itu. Baik diruang sembang radio, warung-warung kopi, mahupun masjid-masjid. Ia seakan menjadi fenomena satu negeri itu tanpa mengira bangsa, agama mahupun peringkat usia.
Jom Heboh anjuran TV3 ini tidak dinafikan memberi peluang keemasan kepada banyak pihak. Baik kepada penganjur, penaja, pengungjung mahupun kerajaan negeri itu sendiri.
Kerajaan Negeri boleh memberi penjelasan beberapa isu kepada rakyatnya. Para pendakwah pula boleh menyebarkan dakwah mereka kepada para pengungjung. Syarikat-syarikat di Kelantan juga boleh memperkenalkan produk mereka kepada para pengungjung.
Jom Heboh Bakal Kembali Lagi
Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra memperkenankan Konsert Jom Heboh yang sebelum ini diharamkan kerajaan negeri supaya diteruskan lagi pada tahun depan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televi-syen Media Prima Berhad (Media Prima), Datuk Seri Farid Ridzuan, Tuanku melahirkan rasa gembira dengan suasana yang ditunjukkan dalam program itu yang lebih memberi penekanan kepada konsep kekeluargaan.
Katanya, Pemangku Raja Kelantan juga gembira apabila melihat rakyat turut bergembira dengan pelbagai program yang disediakan melalui program berkenaan.
“Baginda bertitah sekiranya rakyat Kelantan suka, kita (Jom Heboh) boleh datang lagi,” katanya selepas majlis rakaman program Al-Kulliyyah di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Keempat.
Islam itu Luas
Dakwah tadarruj (berperingkat dan berhikmah) yang diamalkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz bukanlah satu perkara yang baru. Malah sejak penganjuran Konsert Mawi oleh kerajaan Kelantan, pengunjungan para artis dan selebriti ke Kelantan berjumpa sendiri dengan beliau menjadi satu fenomena baru.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz berjaya memecah tembok pemisah antara golongan seni dengan golongan ulama’. Inilah petanda sunnah dakwah Rasulullah berjaya diamalkan di Kelantan hasil kebijaksanaan dan kesabaran pemimpinnya.
Jika ada yang mengatakan Islam tidak membenarkan hiburan, nah ini adalah jawapan untuk persoalan tersebut. Jika ada yang mengatakan ulama tidak boleh bersama artis, mungkin perlu berfikir sekali lagi.
Tahniah Tuan Guru!
Akhirnya, penulis ingin mengucapkan ucapan tahniah kepada Tuan Guru dan kepimpinannya kerana berjaya melaksanakan Jom Heboh di Kelantan dengan baik sekali. Ia seharusnya dijadikan contoh kepada kerajaan negeri yang lain.
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berjaya membuktikan betapa Islam itu sangat anjal konsepnya. Ia tidak menolak sebarang hiburan selagi mana ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.
Moga penganjuran Jom Heboh diKelantan ini membuka mata banyak pihak betapa kepimpinan Ulama itu sangat baik dan berkesan.
Amaran yang baca !!!
12 years ago
5 ulasan:
jom heboh kat kelantan aku tak kisah sangat sebab tuan guru pun benarkan. janji berasaskan islam. cuma tempat tu tak sesuai. patutnya gi la buat kat tempat yang tak sibuk. ni buat kat tengah2 bandar yang memang hari biasa pun dah cukup sibuk. jalan jem tak hengat. ada jalan tutup lagi. menyusahkan orang yang tak pergi ke karnival tu dan orang yang ada kerja. macam aku semalam dekat 3 jam sangkut dalam jem.
kudos di atas artikel jom heboh:kelantan sekali lagi kehadapan. mungkin konsep jomheboh di kelantan akan dikomersilkan sebagai satu sandaran bagi konsert-konsert jomheboh di negeri-negeri yg lain pada masa hadapan. para pemimpin seharusnya sedar bahawa program seperti jomheboh seharusnya menjadi satu wadah kepada pembangunan dan permodalan insan, selain peluang terbaik untuk mempergiatkan pembangunan ekonomi rakyat. bukan semata-mata hiburan dan kepentingan peribadi untuk sesetengah pihak. tahniah kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz~
bagus
wah.bagusla camtuh.
drpd kt ngri laen,terhimpit2 laki pompuan.rimas!
tahniah Tok Guru!...
pemimpin dari yang lain!
pada yang lain,
kesimpulan yg dapat dibuat adalah:
jadilah yang sedikit daripada yang bnyk..
Post a Comment