Feb 27, 2011

Gaddafi Melampau!


Tindakan Presiden Libya, Muammar Gaddafi memberikan penyokongnya senjata bagi menghadapi kebangkitan rakyat amat memalukan. Tindakan itu sangat bertentangan dengan prinsip kemanusiaan.

Dimanakah nilai kemanusiaan Gaddafi dalam hal ini? Tidakkah dia tahu bahawa yang mahu ditembak itu juga adalah saudaranya? Tidakkah dia sedar, dia sedang bermain dengan api yang sedang marak membara?

Perbuatannya itu ibarat mencurah minyak ke dalam telaga api. Sangat membimbangkan!

Apakah sebenarnya yang mahu Gaddafi tunjukkan kepada rakyatnya? Mengapakah kebangkitan rakyat ini di perlakukan sedemikian rupa?

Dimanakah nilai seorang pemimpin? Dimanakah nilai seorang manusia? Dimanakah hilangnya rasa kasih sayang terhadap rakyat?


Saya sangat bersetuju dengan Yusuf al-Qardawi bahawa Gaddafi harus DIBUNUH! Dia sudah melampau! Dia sangat kejam malahan sanggup membunuh rakyat jelata yang mahukan keadilan mereka yang selama ini dirampas.

Semoga keberanian rakyat Libya ini diikuti oleh semua manusia yang sedar. Semoga kekejaman pemimpin yang zalim ini dinyahkan dari muka bumi ini.

1 ulasan:

Yuni Aisyah said...

memang melampau dan keterlaluan...pemimpin camtu mmg patut dubunuh!!!!!

Related Posts with Thumbnails
 
Copyright 2009 .: Ahli Parlimen 2030 :.. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan